Saturday, July 31, 2021

Masalah asas ekonomi

a) Jelaskan sebab mengapa masalah asas ekonomi wujud.

Sebab masalah asas ekonomi wujud

Masalah asas ekonomi wujud kerana sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang ticlak terhad.

Sumber ekonomi terdiri daripada buruh, modal, tanah, dan usahawan. Kehendak manusia adalah pelbagai dan sentiasa berubah-ubah.

 

b) Huraikan masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh pengeluar kerepek pisang.

Masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh pengeluar kerepek pisang

i)Berapa yang hendak dikeluarkan

Jumlah kerepek pisang yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar bergantung kepada permintaan masyarakat di pasaran.

 Apabila permintaan tinggi, lebih banyak sumber ekonomi digunakan untuk mengeluarkan kerepek pisang dan barang lain terpaksa dikurangkan.

ii.Bagaimana hendak dikeluarkan

Pengeluar terpaksa memilih teknik pengeluaran yang paling cekap dalam pengeluaran kerepek pisang.

Tujuan pengeluar adalah untuk meminimumkan kos pengeluaran atau memaksimumkan keuntungan.

iii. Untuk siapa hendak dikeluarkan

 Agihan kerepek pisang oleh pengeluar bergantung kepada corak agihan pendapatan dalam masyarakat.

Golongan yang berpendapatan dan mampu membeli akan memperoleh lebih banyak kerepek pisang berbanding dengan golongan yang kurang berkemampuan.


Sunday, October 11, 2020

Fokus STPM Mikroekonomi Tahun 2020

 

Bahagaian B (Esei)

1. Pengenalan ekononomi
     a) KKP - Pembentukan KKP kos lepas meningkat / malar

     b) KKP – Tunjukkan keadaan kekurangan, pilihan dan kos lepas
     c) Perbezaan barang ekonomi dengan barang percuma
     d) Perbezaan barang awam dengan barang persendirian

     e) Perbezaan barang modal dengan barang pengguna
     f) Faktor kerajaan campur tangan dalam ekonomi

2. Permintaan dan Penawaran

     a) Perbezaan perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan
     b) Perbezaan perubahan kuantiti ditawarkan dengan perubahan penawaran
     c) Proses mencapai keseimbangan pasaran
     d) Perubahan keseimbangan pasaran disebabkan perubahan DD atau SS @ kedua-duanya

3.
Keanjalan
    a) Keanjalan silang dan penentuan hubungan antara barangan
    b) Keanjalan permintaan harga dan penentu keanjalan permintaan harga

    c) Faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan dan penawaran
    d) Hubungan antara keanjalan permintaan dengan jumlah hasil
    e) Kesan ke atas lebihan pengguna/pengeluar apabila cukai dikenakan atau subsidi diberikan

4) Teori pengeluaran dan kos

    a) Hubungan antara TP, AP dan MP
    b) Hubungan antara MC dan AChukum pulangan berkurangan
    c) Sebab untung perakaunan positif tetapi untung ekonomi negatif

    d) Faktor ekonomi bidangan dalaman dan kesannya dengan g/rajah

5) Teori pasaran
    a) Ciri Pasaran monopoli dan faktor halangan
    b) Perbezaan antara PPS dengan Pasaran Persaingan tak sempurna  atau monopoli
    c) Dengan gambarajah,  PPS mencapai keseimbangan jangka panjang
    d) Dengan gambarajah, keadaan PPS berhenti operasi dalam j/pendek
 

6) Kesatuan Sekerja
     a) Cara KS menuntut upah
     b) Faktor kejayaan tuntutan upah
       

Bahagian C (Kuantitatif)

1. Hitung kos lepas dan bentuk KKP
2. Keseimbangan pasaran dan kesan subsidi
3. cari kos lepas, kos eksplisit dan implisit, cari untung perakaunan dan ekonomi
4. Diberi persamaan Kos. Hitung FC, VC dan TC . Hitung untung, teruskan operasi atau tidak.
5. Keseimbangan Pasaran Buruh

 

Monday, October 16, 2017

Keseimbangan Pasaran Buruh

Contoh Soalan:


Jadual di bawah menunjukkan jumlah keluaran fizikal bagi setiap tingkat penggunaan buruh.

Buruh (unit)
Jumlah keluaran fizikal (unit)
1
10
2
22
3
36
4
52
5
62.5
6
70

(a) Sekiranya harga barang di pasaran RM6 seunit, hitungkan jumlah hasil keluaran dan
      keluaran hasil sut.                                                                                                                         
(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk keluaran hasil sut dan keluaran hasil
      purata.                                                                                                                                           
(c) Dengan menggunakan gambar rajah, tentukan bilangan buruh pada tingkat keseimbangan
      apabila kadar upah di pasaran pertandingan sempuma ialah RM70.                                          
(d) Jika tingkat upah ialah RM90, apakah yang akan berlaku?                                                        

Jawapan 

a) Jumlah Hasil Keluaran dan Keluaran Hasil sut


Buruh (unit)
TPP
(unit)
TRP
(RM)
MRP
(RM)
ARP
(RM)
1
10
60
60
66
2
22
132
72
66
3
36
216
84
72
4
52
312
96
78
5
62.5
375
63
75
6
70
420
45
70


b) keluk keluaran hasil sut dan keluaran hasil purata. 
                               MRP/ARP
                                         Buruh
   

c)  Bilangan buruh pada tingkat keseimbangan apabila kadar upah di pasaran pertandingan   
     sempuma ialah RM70 ialah:
                                                    

                        MCF = MRP = RM70
                        Kuantiti buruh keseimbangan = 4.4 unit 

d)  Jika tingkat upah ialah RM90:


                        MCF = MRP = RM90
                        Kuantiti buruh = 72 unit
                        Kuantiti buruh keseimbangan telah berkurangan