a) Jelaskan sebab mengapa masalah asas ekonomi wujud.
Sebab
masalah asas ekonomi wujud
Masalah asas
ekonomi wujud kerana sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak
manusia yang ticlak terhad.
Sumber
ekonomi terdiri daripada buruh, modal, tanah, dan usahawan. Kehendak manusia
adalah pelbagai dan sentiasa berubah-ubah.
b) Huraikan masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh pengeluar kerepek pisang.
Masalah asas
ekonomi yang dihadapi oleh pengeluar kerepek pisang
i)Berapa
yang hendak dikeluarkan
Jumlah
kerepek pisang yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar bergantung kepada
permintaan masyarakat di pasaran.
Apabila permintaan tinggi, lebih banyak sumber
ekonomi digunakan untuk mengeluarkan kerepek pisang dan barang lain terpaksa
dikurangkan.
ii.Bagaimana
hendak dikeluarkan
Pengeluar
terpaksa memilih teknik pengeluaran yang paling cekap dalam pengeluaran kerepek
pisang.
Tujuan
pengeluar adalah untuk meminimumkan kos pengeluaran atau memaksimumkan
keuntungan.
iii. Untuk
siapa hendak dikeluarkan
Agihan kerepek pisang oleh pengeluar
bergantung kepada corak agihan pendapatan dalam masyarakat.
Golongan
yang berpendapatan dan mampu membeli akan memperoleh lebih banyak kerepek
pisang berbanding dengan golongan yang kurang berkemampuan.
No comments:
Post a Comment