Saturday, July 31, 2021

Masalah asas ekonomi

a) Jelaskan sebab mengapa masalah asas ekonomi wujud.

Sebab masalah asas ekonomi wujud

Masalah asas ekonomi wujud kerana sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang ticlak terhad.

Sumber ekonomi terdiri daripada buruh, modal, tanah, dan usahawan. Kehendak manusia adalah pelbagai dan sentiasa berubah-ubah.

 

b) Huraikan masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh pengeluar kerepek pisang.

Masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh pengeluar kerepek pisang

i)Berapa yang hendak dikeluarkan

Jumlah kerepek pisang yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar bergantung kepada permintaan masyarakat di pasaran.

 Apabila permintaan tinggi, lebih banyak sumber ekonomi digunakan untuk mengeluarkan kerepek pisang dan barang lain terpaksa dikurangkan.

ii.Bagaimana hendak dikeluarkan

Pengeluar terpaksa memilih teknik pengeluaran yang paling cekap dalam pengeluaran kerepek pisang.

Tujuan pengeluar adalah untuk meminimumkan kos pengeluaran atau memaksimumkan keuntungan.

iii. Untuk siapa hendak dikeluarkan

 Agihan kerepek pisang oleh pengeluar bergantung kepada corak agihan pendapatan dalam masyarakat.

Golongan yang berpendapatan dan mampu membeli akan memperoleh lebih banyak kerepek pisang berbanding dengan golongan yang kurang berkemampuan.