Friday, September 29, 2017

Keseimbangan Pasaran dan Kesan Subsidi



Persamaan permintaan dan penawaran (dalam sebutan P) ikan adalah seperti yang berikut:

                                    P=20-2Q
                                    P=5+3Q

dengan            P = Harga (RM/kg),
                        Q = Kuantiti ikan (000 kg).

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan.                                                                          
(b) Sekiranya kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM2.00
      sekilogram kepada pengeluar,      
            (i) berikan persamaan penawaran baharu,                                                                 
            (ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan,                                                              
            (iii) hitung jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan, dan                               
            (iv) apakah kesan dasar tersebut terhadap pasaran ikan?                                         


(c) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk penawaran ikan sebelum
     dan selepas subsidi diberikan.                                                                                             


Contoh Jawapan 
(a) Keseimbangan berlaku apabila Qd = Qs atau
                        P = P
              20 - 2Q = 5 +3Q
                      5Q=15
                       Q=3000 kg
Untuk mendapat nilai P:
                      P=20-2Q
                     P = 20 - 2(3)
                     P= 14
                     P=RM14

(b) Apabila diberi subsidi RM2 sekilogtam:
      (i)     P=5+3Q-2
               P=3+3Q
(ii) Keseimbangan baharu:
        20-2Q =3+3Q
             5Q = 17
               Q = 3 400 kg
Untuk mendapat nilai P:
               P=20-2Q
               P = 20 - 2(3.4)         
               P = 13.2
               P = RM13.20
(iii) Jumlah subsidi = RM2 x 3 400
                                = RM6 800
(iv) Kuantiti ikan di pasaran meningkat sebanyak 400 kg.



(c) Keluk penawaran sebelum (So) dan selepas subsidi (Sl):

 





 

Wednesday, September 27, 2017

Hubungan antara jumlah keluaran, keluaran sut dan keluaran purata




Berdasarkan rajah di atas,

a) Hubungan antara jumlah keluaran dengan keluaran sut:
 i) Semasa jumlah keluaran meningkat, keluaran sut berada dalam keadaap positif, iaitu pada   
    penggunaan buruh 0 hingga L2.

ii) Semasa jumlah keluaran maksimum, keluaran sut adalah sifar, iaitu pada penggunaan 
     buruh L2­

iii)Semasa jumlah keluaran menurun, keluaran sut berada dalam keadaan negatif, iaitu pada   
     penggunaan buruh selepas L2.

b) Hubungan antara keluaran sut dengan keluaran purata:

i) Semasa keluaran purata meningkat, keluaran sut lebih tinggi daripada keluaran purata, 
    iaitu pada penggunaan buruh 0 hingaa L1.

ii) Semasa keluaran purata maksimum, keluaran sut sama dengan keluaran purata, iaitu   
    pada penggunaan buruh Ll. 
iii) Semasa keluaran purata menurun, keluaran purata lebih tinggi daripada keluaran sut, 
     iaitu selepas penggunaan buruh L1.

Tuesday, September 26, 2017

Cara keluk permintaan buruh diterbitkan



Cara keluk permintaan buruh diterbitkan

 
Berdasarkan rajah di atas;
Keluk permintaan buruh merupakan keluk MRP selepas memotong keluk ARP.
Keseimbangan berlaku apabila keluk MRP = MCF atau upah seunit buruh.
Semasa upahW1, MRP=MCF1.  Justeru, titik keseimbangan ialah E1 dan kuantiti permintaan buruh ialah L1.