Contoh Soalan:
Dengan menggunakan gambarajah, terangkan kesan terhadap
jumlah hasil
apabila harga
meningkat sekiranya
a)
keanjalan permintaan harga anjal
b)
keanjalan permintaan harga tak anjal
Kesan terhadap jumlah hasil apabila harga
meningkat:
a)
Sekiranya Permintaan anjal
Jika permintaan anjal, peningkatan harga
menyebabkan jumlah hasil menurun kerana peratus perubahan kuantiti diminta
lebih besar daripada peratus perubahan harga barang tersebut. Apabila harga
meningkat, kuantiti diminta akan menurun. Maka peratus penurunan kuantiti
diminta lebih besar daripada peratus kenaikan harga. Keadaan ini dapat
ditunjukkan oleh gambar rajah di sebelah.
Berdasarkan gambar rajah di atas, pada harga
asal P1, kuantiti diminta asal ialah Q1. Jumlah hasil pengeluar asal ialah 0P1AQ1.
Apabila harga naik ke P2, kuantiti diminta berkurangan kepada Q2. Jumlah hasil
pengeluar baru ialah 0P2BQ2. Kurangan hasil sebanyak Q2CAQ1 kesan pengurangan
kuantiti diminta adalah lebih besar daripada tambahan hasil sebanyak P1P2BC
kesan kenaikan harga.
Oleh itu, secara keseluruhan, jumlah hasil pengeluar akan
berkurangan apabila harga naik bagi barang yang mempunyai permintaan anjal.
Permintaan tak anjal
Peningkatan harga menyebabkan jumlah hasil
juga meningkat kerana peratus perubahan kuantiti diminta lebih kecil daripada
peratus perubahan harga barang tersebut. Apabila harga meningkat, kuantiti
diminta akan menurun. Maka peratus penurunan kuantiti diminta lebih kecil
daripada peratus kenaikan harga. Keadaan ini dapat ditunjukkan oleh gambar
rajah di bawah.
Berdasarkan gambar rajah di atas, pada harga
asal P1 kuantiti diminta asal ialah Q1. Jumlah hasil pengeluar asal ialah OP1AQ1.
Apabila harga naik ke P2, kuantiti diminta berkurangan kepada Q2. Tambahan
hasil sebanyak P1P2BC kesan kenaikan harga adalah lebih besar daripada kurangan
hasil sebanyak Q2CAQ1 kesan pengurangan kuantiti diminta.
Oleh itu, secara
keseluruhan, jumlah hasil pengeluar akan meningkat apabila harga naik bagi
barang yang mempunyai permintaan tak anjal.
No comments:
Post a Comment