Perbezaan antara PPS dengan monopoli berdasarkan
rajah di atas,
i. Harga
Harga barangan dalam pasaran persaingan sempurna ialah RM4 manakala
harga barangan dalam pasaran monopoli ialah RM8.
Harga barangan dalam pasaran persaingan sempurna adalah lebih rendah
daripada harga barangan dalam pasaran monopoli.
ii. Kuantiti output
Kuantiti output dalam
pasaran persaingan sempurna ialah 11 unit manakala kuantiti output dalam
pasaran monopoli ialah 5 unit.
Maka kuantiti output dalam pasaran persaingan sempurna adalah lebih
banyak daripada kuantiti output dalam pasaran monopoli.
iii
Kecekapan peruntukan `
Kecekapan peruntukan berlaku apabila harga
barangan menyamai kos sut.
Firma dalam pasaran persaingan sempurna mengalami kecekapan perumukan
kerana harga menyamai kos sut, iaitu RM4. Namun, firma dalam pasaran monopoli tidak mengalami kecekapan
peruntukan kerana harga ialah RM8 tetapi kos sut ialah RM2.
iv. Kecekapan
pengeluaran
Kecekapan pengeluaran
berlaku semasa output dikeluarkan, kos purata berada pada tingkat paling
rendah.
Maka, firma dalam pasaran persaingan sempurna mengalami kecekapan
pengeluaran, iaitu semasa output 11 unit, kos purata berada pada tingkat paling
minimum.
Namun, firma dalam pasaran monopoli tidak mengalami kecekapan
pengeluaran kerana semasa output 5 unit, kos purata bukan berada pada tingkat
yang paling minimum.
No comments:
Post a Comment