Tuesday, September 26, 2017

Kesan Cukai Keatas Lebihan Pengguna



Kesan Cukai ke atas lebihan pengguna


Takrifkan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar.  


Lebihan pengguna merupakan perbezaan antara harga yang sanggup dibayar oleh pengguna berbanding harga di pasaran. Manakala lebihan pengeluar merupakan perbezaan antara harga di pasaran dengan harga yang sanggup ditawarkan oleh firma atau pengeluar.                                                   


Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas lebihan pengguna  apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas pengeluar.   


Berdasarkan gambar rajah di atas, keseimbangan asal berlaku pada titik Eo, apabila keluk SoSo bersilang dengan keluk DoDo. Lebihan pengguna ditunjukkan oleh kawasan PoEoP2. Apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas pengeluar, kos pengeluaran meningkat dan pengeluar akan mengurangkan pengeluaran barang. Oleh itu, keluk penawaran beralih ke kiri dari SoSo ke S1S1. Maka keseimbangan baharu berlaku pada titik E1, harga naik ke P1 dan kuantiti berkurangan ke Q1. Pada tingkat harga ini, lebihan pengguna telah berkurang menjadi P1E1P2. Oleh itu pengenaan cukai menyebabkan lebihan pengguna berkurang.


1 comment:

  1. Thank you for this note..really help me to answer an essay question

    ReplyDelete