Tuesday, September 26, 2017

Perbezaan Usahawan dengan Buruh



(a) Apakah yang dimaksudkan dengan usahawan?                                                           
     Usahawan merupakan individu yang menggabung dan menyelaras faktor    
     pengeluaran yang lain untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.


(b) Huraikan empat perbezaan antara usahawan dengan buruh                               .           

 Empat perbezaan antara usahawan dengan buruh:

     (i) Peranan 
         Usahawan berperanan menggabungkan faktor pengeluaran untuk    
         menghasilkan barang dan perkhidmatan. Manakala buruh menyumbangkan     
        tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran.

     (ii) Tanggungan risiko
         Usahawan menanggung risiko perniagaan. Manakala buruh 
         tidak perlu menanggung risiko perniagaan.

    (iii) Ganjaran
         Usahawan mendapat ganjaran untung. Manakala buruh mendapat   
         ganjaran upah.

    (iv) Membuat keputusan
         Usahawan membuat perancangan dan keputusan ekonomi    
         dalam organisasi. Manakala buruh hanya melakukan sesuatu mengikut arahan 
         yang diberikan kepadanya.

8 comments: