Saturday, June 14, 2014

Jadual dan Rajah Keluk Kemungkinan Pengeluaran Kos Lepas Meningkat dan Kos Lepas Malar


Takrif KKP
   KKP  merupakan  satu  keluk  yang  menunjukkan had maksimum kombinasi-kombinasi dua  barang  yang  boleh  dikeluarkan  dengan menggunakan semua sumber  yang  sedia  ada  pada suatu tingkat  teknologi  yang  tertentu.
Andaian
i. Sumber ekonomi digunakan secara maksimum.
ii. Ekonomi hanya mengeluarkan dua  barang sahaja.
iii. Tingkat teknologi  adalah tetap.
iv. Jumlah faktor pengeluaran adalah  tetap dan tidak berubah.

Contoh Jadual dan Rajah KKP Kos Lepas Meningkat
Apabila kombinasi beralih dari A ke B, tambahan seunit barang Q, menyebabkan 21 - 20 = 1 unit barang R dilepaskan.
Apabila kombinasi beralih dari B ke C, untuk menambah seunit barang Q, menyebabkan 20 - 18 = 2 unit barang R dilepaskan.
Apabila kombinasi beralih dari C ke D, untuk menambah seunit barang Q, menyebabkan 18 - 14 = 4 unit barang R dilepaskan.
Apabila kombinasi beralih dari D ke E, untuk menambah seunit barang Q, menyebabkan 14-8 =6 unit barang R dilepaskan.
Begitu juga apabila kombinasi beralih dari E ke F, untuk menambah seunit barang Q, menyebabkan 8 - 0 = 8 unit barang R dilepaskan.
Ini menunjukkan kos Iepas semakin meningkat kerana jumlah barang R yang dilepaskan semakin bertambah apabila tambahan pengeluaran barang Q berlaku.
Kos lepas yang meningkat ditunjukkan oleh keluk kemungkinan pengeluaran yang berbentuk cembung ke arah titik asalan.

Contoh Jadual dan KKP Kos Lepas Malar


Garis AE  dalam gambar rajah di bawah ialah keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah firma yang dibentuk berdasarkan kombinasi-kombinasi pengeluaran A, B, C, D dan E, dengan andaian semua faktor digunakan untuk mengeluarkan dua jenis barang iaitu barang
X dan barang Y.
• Keluk kemungkinan pengeluaran terbentuk adalah keluk kemungkinan pengeluaran AE yang bergaris lurus, iaitu keluk kemungkinan pengeluaran dengan kos lepas malar (sama).
• Berdasarkan keluk kemungkinan pengeluaran AE, peningkatan satu unit barang X daripada sifar unit kepada 1 unit menyebabkan kos lepas sebanyak 10 unit barang Y.
• Seterusnya, sebarang peningkatan satu unit barang X, contohnya dari kombinasi B ke C, kombinasi C ke D dan kombinasi D ke E akan melibatkan kos lepas bagi satu unit barang X yang sama(malar) iaitu 10 unit barang Y.

No comments:

Post a Comment