Saturday, June 14, 2014

Maksud ekonomi, beza mikro dgn makro dan jenis barangan




1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi?    
Ekonomi ialah bidang sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memuaskan kehendak manusia yang tidak terhad.
                                                     
     
2. Dengan menggunakan contoh, terangkan maksud konsep-konsep berikut:
(a) Barang ekonomi  
     Barang ekonomi ialah barang atau perkhidmatan yang   
     penawarannya terhad dan mempunyai harga, contohnya   
     kereta.                                                                                     
(b) Barang awam   
      Barang awam ialah barang atau perkhidmatan yang biasanya   
      ditawarkan oleh kerajaan secara percuma kepada semua ahli   
       masyarakat, contohnya jalan raya.                                       
(c) Barang percuma     
     Barang percuma ialah barang anugerah alam semula jadi yang   
     tidak perlu dibeli dan tidak  terhad penawarannya, contohnya  
     air laut.

3.  (a) Apakah yang dimaksudkan dengan barang pengguna dan barang modal?  
• Barang pengguna ialah barang yang sudah siap untuk digunakan oleh pengguna, contohnya sabun mandi.
• Barang modal ialah barang yang dikeluarkan untuk digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan, contohnya mesin.
 (b) Nyatakan dua ciri perbezaan antara barang pengguna dan barang modal.
• Barang pengguna dikeluarkan untuk kegunaan pengguna, manakala barang modal dikeluarkan untuk kegunaan firma.
• Barang pengguna ialah barang akhir atau barang siap, manakala barang modal ialah barang pengeluar yang digunakan untuk menghasilkan barang yang lain. 
 

No comments:

Post a Comment