Saturday, June 14, 2014

Kehendak Manusia vs Sumber Ekonomi



Kehendak manusia adalah tidak terbatas sedangkan sumber ekonomi adalah terhad.’ Terangkan maksud pernyataan ini.
• Dalam kajian ekonomi, kehendak manusia merujuk kepada kehendak terhadap barang dan perkhidmatan. Barangan dalam ekonomi merujuk kepada benda fizikal atau perkhidmatan yang dapat menambah kepuasan pengguna.
• Kehendak manusia adalah tidak terbatas kerana manusia mempunyai pelbagai kehendak, misalnya kehendak terhadap barang yang lebih berkualiti dan barang yang baru.
• Kehendak yang tidak terbatas itu menimbulkan masalah kekurangan, iaitu keadaan di mana individu dan masyarakat tidak dapat memiliki semua barang dan perkhidmatan yang dikehendaki kerana kehendak melebihi daripada sumber yang sedia ada pada sesuatu masa.
• Sumber yang sedia ada tidak dapat memenuhi semua kehendak individu dan masyarakat. Justeru itu, individu dan maysarakat perlu membuat pilihan mengagihkan sumber yang sedia ada untuk memperoleh barang yang menjadi pilihan utama.
• Misalnya dengan pendapatan yang terhad, individu tidak dapat memiliki semua barang yang dihendaki , dan firma tidak dapat mengeluarkan semua barang dan perkhidmatan yang dikehendaki kerana kekurangan sumber, tingkat teknologi dan kemahiran pengurusan.
• Kerajaan tidak dapat melaksanakan apa sahaja projek yang kehendaki kerana kekurangan hasil untuk membiayai semua projek secara serentak.

No comments:

Post a Comment