Sistem-sistem Ekonomi
1 Sistem ekonomi adalah cara masyarakat
membuat pilihan mengagihkan sumber untuk menghasilkan barangan yang dikehendaki
bagi menyelesaikan masalah asas ekonomi.
Secara amnya, sistem ekonomi terbahagi
kepada:
(a) ekonomi pasaran bebas (b) ekonomi perancangan pusat
(c) ekonomi campuran (d)
ekonomi Islam
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas
Definisi:
Sistem ekonomi pasaran bebas ialah satu sistem sumber ekonomi yang
diperuntukkan melalui mekanisme harga tanpa campur tangan kerajaan. Sistem ini
juga dikenali sebagai sistem ekonomi kapitalis dan laissez faire.
Ciri-ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas
Sistem ekonomi pasaran bebas mempunyai
beberapa ciri seperti yang berikut:
1. Peranan mekanisme harga
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, semua
keputusan ekonomi diselesaikan melalui mekanisme harga. Interaksi kuasa
permintaan dan penawaran akan menentukan harga dan kuantiti barang di pasaran
barangan dan pendapatan faktor di pasaran faktor untuk menyelesaikan
masalah-masalah asas ekonomi. Perubahan dalam permintaan dan penawaran yang
mempengaruhi harga akan mengubah cara bagaimana masyarakat menggunakan sumber
ekonominya.
2. Kerajaan tidak campur tangan dalam
kegiatan ekonomi
Kerajaan tidak campur tangan dalam membuat
keputusan ekonomi. Semua kegiatan ekonomi dijalankan oleh pihak swasta. Peranan
kerajaan terhad kepada menjaga keselamatan negara dan menguatkuasakan
undang-undang supaya kegiatan ekonomi berjalan dengan lancar.
3. Pemilikan
harta persendirian
Individu mempunyai kebebasan untuk memiliki
dan menentukan cara penggunaan faktor dan harta persendirian mereka. Individu
bebas membuat pilihan bagaimana menggunakan faktor pengeluaran yang dimiliki
untuk menjalankan kegiatan ekonomi.
4. Mementingkan matlamat persendirian
Individu dalam ekonomi bebas membuat
keputusan berdasarkan kepentingan persendirian. Pengguna membeli barangan
dengan matlamat untuk memaksimumkan kepuasan diri, manakala pengeluar
membekalkan barangan dengan matlamat memperoleh keuntungan yang maksimum. Matlamat
ini mendorong mereka
menggunakan sumber ekonomi dengan cekap.
Kegiatan penggunaan dan pengeluaran yang mementingkan diri kadang-kadang
menimbulkan kesan luaran yang merugikan pihak lain.
5. Wujudnya persaingan
Individu bebas bersaing dalam ekonomi untuk
mencapai matlamat persendirian. Pemilik input bebas bersaing di antara satu
sama lain dalam pasaran faktor untuk memperoleh pendapatan maksimum. Pengeluar
bebas bersaing antara satu sama lain untuk mengeluarkan barang dan
perkhidmatan secara cekap pada kos yang minimum. Pengeluar yang tidak cekap
akan mengalami kerugian dan keluar daripada pasaran. Hanya pengeluar yang cekap
sahaja yang kekal dalam pasaran.
6. Keagungan pengguna dalam pasaran
Keagungan pengguna merujuk kepada kemampuan
pengguna melalui corak perbelanjaan menentukan barang dan perkhidmatan yang
diharus dikeluarkan oleh pengeluar. Keputusan tentang apa yang harus dikeluarkan dalam ekonomi bergantung kepada
permintaan pengguna. Pengeluar yang bermotifkan keuntungan akan mengeluarkan
barang yang paling diingini dan mempunyai permintaan.
Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi
Yang berikut adalah kaedah penyelesaian
masalah asas sistem ekonomi pasaran bebas.
1 Apa dan berapa banyak suatu barang hendak
dikeluarkan?
(a) Berdasarkan mekanisme harga, pengeluar
dapat menentukan apa dan berapa banyak suatu barang harus dikeluarkan.
(b) Pengguna memberi petunjuk kepada
pengeluar tentang pilihan barang yang dikehendaki melalui kuasa permintaan di
pasaran barang. Berdasarkan corak permintaan pengguna, pengeluar yang
bermotifkan keuntungan dapat mengenal pasti jenis barang yang mempunyai
permintaan berkesan yang tinggi.
(c) Semakin tinggi permintaan semakin
banyak sesuatu barang akan dikeluarkan. Misalnya, jika perubahan corak
permintaan pengguna daripada kaset kepada cakera padat mendorong
pengeluar mengagihkan lebih banyak sumber
untuk mengeluarkan cakera padat dan mengurangkan pengeluaran kaset.
(d) Interaksi kuasa permintaan dan penawaran
di pasaran barang akan menentukan tingkat harga dan kuantiti barang yang hendak
dikeluarkan.
2 Bagaimana sesuatu barang harus
dikeluarkan?
(a) Interaksi antara kuasa permintaan
pengeluar terhadap faktor pengeluaran dan kuasa penawaran pemilik faktor di
pasaran buruh akan menentukan harga faktor dan jumlah faktor yang akan digunakan
dalam proses pengeluaran.
(b) Pengeluar akan menggunakan kaedah
pengeluaran yang meminimumkan kos demi memaksimumkan keuntungan.
-Misalnya, jika kos buruh lebih murah
berbanding dengan penggunaan modal, maka pengeluar akan menggunakan kaedah
pengeluaran yang berintensif buruh. Sebaliknya, jika penggunaan modal lebih
cekap dan menjimatkan kos, kaedah intensif modal akan digunakan.
3. Untuk siapa barang itu dikeluarkan?
a)faktor telah mewujudkan pendapatan kepada
pemilik faktor pengeluaran apabila, mereka menawarkan pelbagai faktor seperti
buruh, tanah dan modal dalam proses pengeluaran. Interaksi permintaan dan penawaran
melalui mekanisme harga di pasaran faktor menentukan corak agihan pendapatan.
(b) Barang yang dihasilkan akan diagihkan
kepada mereka yang mempunyai keupayaan membayar. Semakin banyak sumber yang
dimiliki oleh individu, semakin tinggi pendapatan yang akan diperoleh. Semakin
tinggi pendapatan, semakin banyak barang yang dapat dibeli oleh individu.
Kebaikan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas
Ekonomi pasaran bebas mempunyai beberapa
kebaikan seperti berikut:
1. Kegiatan ekonomi diselaraskan sendiri
dengan cekap
Mekanisme harga dalam sistem ekonomi
pasaran bebas dapat diselaraskan sendiri tanpa arahan atau campur tangan
kerajaan. untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi. Misalnya jika berlaku lebihan permintaan terhadap sesuatu barang,
harga barang itu akan meningkat. Kenaikan harga mengurangkan permintaan tetapi
mendorong pengeluar untuk menambahkan penawaran. Harga akan terus meningkat
sehingga keseimbangan pasaran tercapai.
2. Sumber ekonomi digunakan secara optimum
Persaingan yang sempurna dalam sistem
ekonomi pasaran bebas mendorong para pengeluar menggunakan sumber secara
optimum. Kegagalan berbuat demikian bermakna firma akan mengalami kerugian dan
tersingkir daripada pasaran. Semua firma yang masih kekal di pasaran terdiri
daripada firma yang cekap dengan mengeluarkan output pada kos yang minimum.
3 Insentif bekerja yang tinggi
Individu dalam sistem ekonomi pasaran bebas
mempunyai insentif bekerja yang tinggi kerana mereka sanggup berusaha,
berkebolehan dan berupaya mengambil risiko akan memperoleh pendapatan yang
tinggi. Kebebasan untuk mengumpul kekayaan dan pemilikan harta persendirian
mendorong individu menggunakan faktor pengeluaran yang dimiliki untuk
memaksimumkan pendapatan.
4 Menggalakkan perkembangan ekonomi
Kebebasan untuk mengumpul kekayaaan dan
pemilikan harta persendirian menggalakkan tabungan dan pengumpulan modal untuk
menyokong kegiatan pelaburan dalam ekonomi. Kegiatan pelaburan yang pesat
menaikkan produktiviti dan kekayaan pengeluaran ekonomi. Dengan itu sistem ini
telah menggalakkan perkembangan ekonomi untuk membolehkan ekonomi mencapai
tingkat kemakmuran yang tinggi.
5 Menggalakkan kemajuan teknologi
Persaingan antara pengeluar akan mendorong
pengeluar sentiasa berusaha untuk membaiki kaedah pengeluaran dan melakukan
inovasi. Matlamat untuk memperoleh untung yang lebih tinggi menjadi dorongan
kepada firma untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi
menghasilkan produk baru dan barangan yang lebih berkualiti.
Kelemahan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas
Sistem ekonomi pasaran bebas mempunyai
beberapa kelemahan seperti yang berikut:
1 Kegiatan ekonomi yang tidak stabil
Kegiatan ekonomi sistem ekonomi pasaran
bebas bergantung kepada permintaan dan penawaran. Namun begitu, perubahan dalam
permintaan dan penawaran sering berlaku menyebabkan kegiatan ekonomi menjadi
turun naik. Kerap kali ekonomi menghadapi masalah inflasi dan masalah
pengangguran. Ketidakstabilan kegiatan ekonomi bermakna kegagalan sistem itu
untuk menjamin pencapaian matlamat guna tenaga penuh, kestabilan tingkat harga
umum dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan.
2 Agihan pendapatan yang tidak setara
(a) Persaingan yang tidak adil dalam kegiatan
ekonomi tanpa campur tangan kerajaan akan menyebabkan jurang agihan pendapatan
semakin besar antara golongan berada dengan golongan miskin.
(b) Golongan kaya akan menjadi semakin kaya
kerana mempunyai kelebihan dalam persaingan bebas, sedangkan golongan miskin
terus tinggal miskin kerana kekurangan sumber ekonomi untuk bersaing.
(c) Sumber kekayaan negara tidak dapat
dinikmati oleh penduduk secara adil dan saksama. Jurang agihan pendapatan yang
tidak setara akan menjejaskan keharmonian masyarakat dan mengancam kestabilan
politik dan ekonomi.
3 Kegagalan menyediakan barang awam
(a) Sistem ini gagal untuk menyediakan satu
mekanisme yang sesuai untuk menyediakan barang awam. Penyediaan barang awam
tidak menguntungkan pengeluar swasta kerana jenis barang itu tidak tertakluk
kepada prinsip pengecualian. Pengeluar tidak dapat menghalang mereka yang tidak
membayar untuk menggunakan barang tersebut.
(b) Tambahan pula kos penyediaan barang
awam yang tinggi menyebabkan pengeluar tidak terdorong untuk menyediakan barang
tersebut sedangkan barang awam penting untuk kebajikan masyarakat.
4 Wujudnya monopoli yang merugikan
(a) Persaingan yang tidak sempurna dalam
pasaran mewujudkan monopoli yang -menguasai pasaran apabila firma-firma
bergabung atau menjadi semakin besar. Firma baru dan
firma kecil tidak dapat bersaing dengan
firma monopoli yang mempunyai modal besar dan terus keluar daripada industri.
(b) Firma monopoli merugikan pengguna
apabila firma itu sengaja mengehadkan pengeluaran dan mengenakan harga yang tinggi.
Pilihan pengguna juga terbatas apabila monopoli menguasai pasaran.
5 Wujudnya kesan luaran yang negatif
Aktiviti penggunaan dan pengeluaran yang
mementingkan diri oleh pengguna dan pengeluar dalam usaha untuk memaksimumkan
kepuasan atau keuntungan menyebabkan mereka mengabaikan kos sosial dan
menimbulkan kesan luaran atau eksternaliti negatif yang merugikan masyarakat.
Contoh: Misalnya dalam usaha untuk
menjimatkan kos pengeluaran, pengeluar membuangkan sisa kimia ke dalam sungai.
Tindakan ini telah menyebabkan penduduk dan nelayan di sepanjang sungai
menanggung kos tidak dapat lagi menggunakan air dan hasil tangkapan nelayan
akan merosot.
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Definisi
Sistem ekonomi perancangan pusat ialah satu
sistem kerajaan pusat berkuasa sepenuh untuk membuat keputusan ekonomi bagi
menyelesaikan masalah asas ekonomi. Mekanisme harga tidak memainkan peranan
dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi.
Contoh: Negara yang masih mengamalkan
sistem ekonomi perancangan pusat ialah Korea Utara.
Ciri-ciri Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Ciri-ciri ekonomi perancangan pusat ialah
seperti yang berikut:
1. Keputusan ekonomi dikawal sepenuhnya
oleh kerajaan
Kerajaan berkuasa penuh dalam membuat semua
keputusan ekonomi. Kerajaan menentukan apa dan berapa banyak sesuatu barang
dikeluarkan, kaedah mengeluar dan mengagihkan barang tersebut kepada penduduk. Mekanisme
harga tidak memainkan peranan dalam penyelesaian masalah asas ekonomi. Pihak
swasta tidak mempunyai kebebasan untuk memilih atau mengeluarkan barang kerana
semuanya ditentukan oleh kerajaan.
2 Faktor pengeluaran dimiliki oleh kerajaan
Semua sumber ekonomi adalah hak milik
kerajaan. Individu tidak mempunyai kebebasan untuk memiliki faktor dan harta
persendirian. Cara penggunaan faktor pengeluaran ditentukan oleh kerajaan.
3 Matlamat ekonomi yang mementingkan
kebajikan rakyat
Matlamat utama ekonomi ialah kebajikan dan
kesamarataan rakyat
dan bukan keuntungan maksimum. Sumber
ekonomi digunakan kerajaan untuk meningkatkan kebajikan rakyat dengan mengeluar
dan mengagihkan barang dan perkhidmatan kepada rakyat secara saksama.
4 Persaingan antara pengeluar tidak wujud
Persaingan tidak wujud di kalangan pengguna
dan pengeluar kerana kerajaan yang menentukan peruntukan sumber dan jenis
barang yang hendak dikeluarkan. Matlamat kerajaan bukan untuk memperoleh
keuntungan maksimum tetapi untuk menaikkan taraf dan tingkat kebajikan
penduduk.
5 Keagungan pengguna tidak wujud
Pengguna tidak mampu untuk menentukan
barang dan perkhidmatan yang harus dikeluarkan oleh pengeluar melalui kuasa
permintaan kerana semua keputusan tentang apa yang harus dikeluarkan dalam
ekonomi bergantung kepada perancangan yang dibuat oleh kerajaan.
Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi
Yang berikut adalah kaedah-kaedah penyelesaian
masalah asas sistem ekonomi perancangan pusat.
1. Apa dan berapa banyak suatu barang
hendak dikeluarkan? Keputusan tentang apa dan berapa banyak barang yang hendak
dikeluarkan ditentukan oleh kerajaan melalui badan perancangan pusat. Setelah
badan ini membuat perancangan untuk menentukan jenis dan jumlah sesuatu barang
yang perlu dikeluarkan, sumbersumber yang mencukupi diperuntukkan untuk
mengeluarkan barang tersebut tanpa wujudnya pembaziran. Keputusan dibuat dengan
berdasarkan matlamat untuk meningkatkan kebajikan rakyat dan bukan untuk
memaksimumkan keuntungan persendirian. Justeru itu lazimnya barang yang
dikeluarkan ialah barang yang dapat memenuhi keperluan rakyat.
2 Bagaimana sesuatu barang harus
dikeluarkan?
Keputusan tersebut ditentukan oleh kerajaan
sama ada secara intensif buruh atau intensif modal berdasarkan matlamat yang
ingin dicapai. Misalnya untuk mengurangkan masalah pengangguran, kerajaan akan
menggunakan kaedah pengeluaran yang berintensif buruh. Kebajikan pekerja diberi
keutamaan dengan memberikan pelbagai faedah seperti upah minimum dan pendapatan
selepas persaraan kepada pekerja semasa kerajaan membuat keputusan menentukan
kaedah pengeluaran yang sesuai digunakan.
3 Untuk siapa barang itu dikeluarkan?
Agihan pendapatan yang setara dalam sistem
ini bermakna barang yang dikeluarkan diagihkan kepada rakyat secara adil dan
saksama. Kawalan harga dilakukan untuk memastikan barang itu mampu dibeli oleh
rakyat. Jika pengeluaran sesetengah barang tidak mencukupi, sistem catuan akan
digunakan untuk memastikan semua rakyat dapat menikmati barang itu.
Kebaikan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Sstem ekonomi perancangan pusat mempunyai
beberapa kebaikan seperti yang berikut:
1 Kegiatan ekonomi yang stabil
Kegiatan ekonomi tidak bergantung kepada
turun naik permintaan dan pendwaran. Kegiatan ekonomi dan harga barangan di
pasaran adalah stabil kerana semua keputusan ekonomi dirancang dengan teratur
dan dikawal oleh kerajaan.
2 Agihan pendapatan yang setara
Penghapusan pemilikan harta dan kekayaan
persendirian serta penekanan kepada kesamarataan menyebabkan masalah jurang
perbezaan pendapatan tidak wujud dalam masyarakat. Sumber kekayaan negara
dinikmati oleh penduduk secara adil dan saksama. Agihan pendapatan setara
menjamin keharmonian masyarakat dan kestabilan politik.
3 Kebajikan rakyat diutamakan
Matlamat ekonomi yang mementingkan
kebajikan rakyat secara keseluruhan mendorong kerajaan menggunakan sumber
ekonomi yang dimiliki untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang dapat
menaikkan taraf kebajikan rakyat.
4 Peruntukan sumber yang cekap
Sumber ekonomi tidak diagihkan kepada
pengeluaran barangan yang hanya mampu dibeli oleh golongan kaya seperti dalam
sistem ekonomi pasaran bebas. Sumber ekonomi diperuntukkan kepada pengeluaran
barang dan perkhidmatan yang memberi faedah kepada masyarakat.
5 Faedah pengeluaran tanpa persaingan
Pengeluar tidak perlu terlibat dalam
pelbagai bentuk persaingan seperti pengiklanan dan promosi yang boleh menaikkan
kos pengeluaran tanpa sebarang peningkatan mutu keluaran. Tanpa persaingan,
pengeluaran dapat dilakukan secara besar-besaran bagi menikmati pelbagai faedah
ekonomi bidangan yang menurunkan kos pengeluaran. Keadaan ini memanfaatkan
pengguna kerana barangan dapat dibeli pada tingkat harga yang rendah.
Kelemahan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Sistem ekonomi perancangan pusat mempunyai
beberapa kelemahan seperti yang berikut:
1 Ketidakcekapan pentadbiran kerajaan
(a) Mekanisme harga tidak memainkan peranan
dalam penyelesaian masalah asas ekonomi dan ini bermakna kerajaan perlu
mengumpul data yang banyak untuk tujuan perancangan dan membuat keputusan.
Namun begitu, kerenah birokrasi kerajaan sering menyebabkan keputusan tidak
dapat dibuat dengan segera untuk menyelesaikan masalah ekonomi.
(b) Kesilapan kerajaan membuat keputusan
akan menyebabkan sesetengah barang dikeluarkan secara berlebihan ataupun tidak
mencukupi. Dengan itu sumber ekonomi tidak dapat diperuntukkan dengan cekap dan
akan berlaku pembaziran sumber.
(c) Pemusatan kuasa di kalangan sesetengah
pemimpin juga boleh menyebabkan penyalahgunaan kuasa apabila keputusan ekonomi
dibuat untuk kepentingan sendiri dan bukannya untuk kebajikan rakyat.
2 Kebebasan individu terhad
Sistem ini menakkan kebebasan individu
untuk memilih dan mengeluarkan jenis barang yang dikehendaki untuk
memaksimumkan kepuasan atau keuntungan. Pengguna tidak dapat menggunakan corak
permintaan mereka untuk mempengaruhi jenis barang yang harus dikeluarkan
kerana semua keputusan telah ditentukan oleh badan perancangan pusat.
3 Insentif bekerja yang rendah
Individu dalam sistem ekonomi perancangan
pusat mempunyai insentif bekerja yang rendah kerana individu tiada kebebasan
untuk mengumpul kekayaan dan memiliki harta persendirian. Individu tidak
terdorong untuk menaikkan produktiviti kerana semua keuntungan akan menjadi
milik kerajaan.
4 Tidak menggalakkan perkembangan ekonomi
Tiada kebebasan untuk mengumpul kekayaan
dan pemilikan harta persendirian, tidak menggalakkan tabungan dan pengumpulan
modal untuk menyokong kegiatan pelaburan dalam ekonomi. Kegiatan pelaburan
hanya bergantung kepada pelaburan yang dijalankan oleh kerajaan. Dengan itu,
sistem ini tidak menggalakkan perkembangan ekonomi untuk membolehkan ekonomi
mencapai tingkat kemakmuran yang tinggi.
5 Tidak menggalakkan kemajuan teknologi
Unit-unit pengeluaran tidak terdorong untuk
membaiki kaedah pengeluaran dan melakukan inovasi kerana tiada persaingan dalam
pasaran. Tanpa unsur keuntungan persendirian, pekerja kurang motivasi untuk
menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan produk baru
dan barang yang lebih berkualiti.
Sistem Ekonomi Campuran
1 Sistem ekonomi campuran ialah satu sistem
iaitu pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan ekonomi untuk
menyelesaikan masalah asas ekonomi.
2 Mekanisme harga berfungsi untuk
menyelesaikan masalah asas ekonomi dan pada masa yang sama kerajaan juga campur
tangan dalam kegiatan ekonomi untuk mengatasi kelemahan-kelemahan mekanisme
harga.
Contoh: Malaysia menggmalkan sistem ekonomi
campuran.
Mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:
1. Keputusan ekonomi ditentukan oleh pihak
swasta dan pihak awam
Mekani'sme harga masih berfungsi untuk
menyelesaikan sebahagian daripada masalah asas ekonomi. Pihak swasta mengeluarkan
barang yang dikehendaki oleh masyarakat dengan bermatlamat memaksimumkan
keuntungan. Kerajaan pula campur tangan dalam kegiatan ekonomi untuk
mengeluarkan barang awam yang gagal disediakan oleh mekanisme harga. Kerajaan
juga menentukan harga di pasaran melalui dasar harga minimum dan dasar harga
maksimum. Kerajaan turut mengggunakan pencukaian dan subsidi untuk
mempengaruhi peruntukan sumber dalam ekonomi. Keputusan ekonomi yang dibuat
oleh kerajaan bertujuan untuk meningkatkan taraf kebajikan rakyat.
2 Faktor pengeluaran dimiliki oleh pihak
swasta dan kerajaan
Individu mempunyai kebebasan untuk memiliki
dan mengumpul kekayaan persendirian serta menentukan cara penggunaan faktor
Pengeluaran. Namun begitu, kerajaan juga mengawal penggunaan sumber supaya
sumber ekonomi dapat digunakan dengan cekap dan teratur untuk kepentingan
bersama, misalnya kawalan atas aktiviti pembalakan. Kerajaan juga menggunakan
sumber ekonomi yang dimiliki untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang
strategik yang tidak dapat dikeluarkan oleh sektor swasta seperti penyediaan
prasarana dan perkhidmatan pertahanan.
3 Persaingan yang sihat
Pengeluar bebas bersaing antara satu sama
lain untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan secara cekap pada kos yang
minimum. Namun begitu, kerajaan juga campur tangan dalam kegiatan ekonomi
melalui undang-undang dan peraturan untuk menggalakkan persaingan yang sihat
dan adil di kajangan pengeluar, misalnya kawalan terhadap kewujudan monopoli. Kerajaan
juga mengawal bilangan pengeluar dalam pasaran untuk mengelakkan persaingan
yang membazirkan sumber ekonomi supaya pengeluar dapat menikmati faedah ekonomi
bidangan dan meminimumkan kos pengeluaran, misalnya pembekalan elektrik dan
air.
4 Kegiatan ekonomi yang terkawal
Individu bebas menggunakan faktor
pengeluaran untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi yang dapat memaksimumkan
kepuasan dan keuntungan persendirian. Namun begitu, kerajaan juga mengadakan
peraturan dan undang-undang untuk mengawal kegiatan ekonomi supaya kegiatan
ekonomi tidak menimbulkan kesan-kesan luaran negatif dan kegiatan haram yang
dapat menjejaskan keharmonian masyarakat.
Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi
Yang berikut adalah kaedah-kaedah
penyelesaian masalah asas sistem ekonomi campuran.
1 Apa dan berapa banyak suatu barang hendak
dikeluarkan?
(a) Kerajaan membiarkan mekanisme harga
memberi petunjuk kepada pengeluar swasta untuk menghasilkan jenis dan jumlah
barang yang dapat memaksimumkan kepuasan pengguna dan keuntungan pengeluar.
(b) Kerajaan juga membuat keputusan
menentukan jenis barang dan jumlah barang yang perlu dikeluarkan, khasnya
barang awam yang gagal disediakan oleh pihak swasta.
(c) Kerajaan menggunakan peraturan dan
undang-undang seperti kawalan harga, pencukaian dan subsidi untuk mempengaruhi
operasi mekanisme harga dalam menentukan jenis dan jumlah barang yang harus
dikeluarkan. Misalnya pengenaan cukai yang tinggi atas minuman keras akan
menaikkan harga minuman keras dan mengurangkan permintaan terhadap minuman
tersebut.
2 Bagaimana sesuatu barang harus
dikeluarkan?
Pihak swasta yang mementingkan keuntungan
akan menggunakan kaedah pengeluaran yang cekap untuk meminimumkan kos
pengeluaran sama ada secara intensif buruh atau intensif modal. Melalui hasil
kerajaan yang terhad, kerajaan turut memastikan pentadbiran kerajaan
menyediakan barang dan perkhidmatan awam secara cekap pada kos yang minimum.
3 Untuk siapa barang itu dikeluarkan?
(a) Pihak swasta yang bermatlamat untuk
memaksimumkan keuntungan hanya akan mengeluarkan barang bagi mereka yang
sanggup dan mampu membayar. Maka barang yang dikeluarkan oleh pihak swasta
adalah untuk mereka yang mampu membeli.
(b) Kerajaan yang bermatlamat untuk
meningkatkan kebajikan rakyat akan mengeluarkan pelbagai jenis barang awam
kepada orang ramai. Barang dan perkhidmatan awam itu ditawarkan kepada semua
orang secara percuma ataupun dengan bayaran yang minimum.
Kebaikan Sistem Ekonomi Campuran
Sistem ekonomi campuran mempunyai beberapa
kebaikan seperti yang berikut:
1 Kegiatan ekonomi yang stabil
Perubahan dalam permintaan dan penawaran
yang sering berlaku dalam ekonomi menyebabkan kegiatan ekonomi yang turun naik.
Kerap kali ekonomi menghadapi masalah inflasi dan masalah pengangguran. Campur
tangan kerajaan melalui dasar fiskal dan dasar kewangan dapat mengurangkan
turun naik kitaran perniagaan dan mencapai matlamat guna tenaga penuh dan
kestabilan tingkat harga umum dalam ekonomi.
2 Agihan pendapatan yang lebih setara
Kerajaan menggunakan sistem pencukaian dan
subsidi untuk mengagih semula pendapatan dan mengecilkan jurang perbezaan
pendapatan antara golangan yang kaya dengan golongan yang lain. Hasil kutipan
cukai dapat digunakan untuk membiayai .perkhidmatan awam seperti pendidikan dan
perkhidmatan kesihatan percuma yang memanfaatkan golongan kurang berada.
Program pembangunan kerajaan yang lebih seimbang dan Inenyeluruh juga
mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kawasan dan kaum akan lebih
menjamin keharmonian `masyarakat dan kestabilan politik dan ekonomi.
3. Menyediakan barang awam
sistem ini telah mewujudkan satu mekanisme
yang sesuai untuk mengatasi kegagalan mekanisme harga untuk menyediakan barang
awam. Kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai untuk membiayai kos penyediaan barang awam yang strategik
dan yang diperlukan oleh masyarakat seperti perkhidmatan pendidikan dan
kesihatan.
4. Faedah kegiatan ekonomi yang terkawal
Kegiatan ekonomi yang terkawal memastikan
kesan-kesan luaran negatif daripada aktiviti penggunaan dan pengeluaran pihak
swasta dapat dikurangkan.
Contoh: Hukuman dan denda dikenakan ke atas
pengeluar yang mencemarkan alam sekitar. Kawalan terhadap aktiviti-aktiviti
haram seperti perjudian dan pengedaran dadah juga menjamin kesejahteraan dan
keharmonian masyarakat.
5. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
Kerajaan berfungsi sebagai pelengkap kepada
pihak swasta dengan membantu pihak swasta membangunkan sumber manusia melalui
penubuhan institusi pendidikan dan latihan serta menyediakan pelbagai prasarana
untuk memudahkan pembangunan industri. Pelbagai insentif yang diberikan oleh
kerajaan seperti kelonggaran cukai dan elaun pelaburan serta usaha kerajaan
mewujudkan suasana ekonomi yang kondusif menggalakkan aktiviti pelaburan untuk
menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat.
Kelemahan Sistem Ekonomi Campuran
Sistem ekonomi campuran mempunyai beberapa
kelemahan seperti yang berikut:
1 Kerenah birokrasi
kerajaan yang menghalang perkembangan
sektor swasta
Kerenah birokrasi kerajaan seperti
kelewatan kerajaan untuk meluluskan projek pihak swasta dan pemberian lesen
sering kali mengganggu kegiatan ekonomi yang ingin dilakukan oleh pihak swasta.
Kelewatan itu menyebabkan pihak swasta tidak dapat merebut peluang pemiagaan
yang sedia ada dan kerap kali kelewatan kelulusan kerajaan telah menaikkan kos
pengeluaran sektor swasta.
2. Kesukaran menentukan dasar yang sesuai
Kerajaan mungkin membuat kesilapan dalam
menentukan dasar yang sesuai untuk mengatasi masalah pengangguran atau inflasi
dalam negara kerana kesukaran untuk menjangka keadaan ekonomi masa depan
ataupun ramalan berdasarkan maklumat yang tidak
tepat. Ahli-ahli ekonomi juga mempunyai
pandangan yang berbeza tentang keberkesanan dasar-dasar yang perlu dilaksanakan
untuk mengatasi masalah-masalah ekonomi.
3. Persaingan sektor swam dengan sektor
swasta
Penglibatan kerajaan secara langsung dalam
kegiatan ekonomi menyebabkan persaingan sektor awam dengan sektor swasta untuk
menggunakan sumber ekonomi, misalnya persaingan antara pihak awam dan pihak
swasta untuk mendapat pinjaman daripada sumber dana dalam negeri yang terhad.
Persaingan ini akan menaikkan kadar bunga dan seterusnya menaikkan kos
pengeluaran pihak swasta. Pihak swasta juga perlu bersaing dengan perusahaan
awam jika barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah sama jenis. Sektor
swasta sukar bersaing dengan sektor awam yang mempunyai modal yang mencukupi
dan barang ditawarkan adalah percuma ataupun pada harga yang rendah.
4. Pembaziran sumber akibat daripada
kerugian perusahaan awam
Penglibatan kerajaan secara langsung dalam
kegiatan ekonomi menerusi perusahaan awam merupakan pembaziran sumber jika
pengurusan perusahaan itu tidak cekap sehingga mengalami kerugian yang besar.
Pentadbiran sektor awam yang tertakluk kepada peraturan-peraturan dan
undang-undang menyebabkan pihak pengurusan perusahaan awam sukar membuat
keputusan dengan cepat untuk menghadapi perubahan. Monopoli kerajaan yang tidak
menghadapi persaingan juga kurang motivasi untuk memperbaiki kaedah pengeluaran
dan meningkatkan produktiviti.
Sistem Ekonomi Islam
Definisinya
Ekonomi Islam merupakan satu sistem ekonomi
yang dijalankan dengan berlandaskan hukum-hukum syariat yang ditentukan oleh
Allah s.w.t. Ekonomi Islam menggunakan sumber rujukan seperti al-Quran dan
hadis sebagai panduan untuk menjalankan aktiviti ekonomi.
Ciri-ciri Ekonomi Islam
1 Kebebasan membuat keputusan ekonomi
selaras dengan keperluan syariat Islam
Individu sebagai pengguna dan pengeluar
bebas membuat keputusan ekonomi selagi tidak bertentangan dengan hukum syariat.
Kebebasan untuk menjalankan kegiatan ekonomi dibatasi oleh tanggungjawab
terhadap masyarakat seperti yang ditetapkan dan hukum syariat. Individu bebas
menjalankan kegiatan ekonomi dan bermatlamat untuk mencapai kesejahteraan di
dunia dan di akhirat dan bukan untuk memaksimurnkan kepuasan atau keuntungan
semata-mata.
2 Mekanisme harga berperanan untuk
menyelesaikan masalah asas ekonomi
Mekanisme harga mempunyai peranan untuk
menyelesaikan masalah asas dalam ekonomi melalui interaksi kuasa permintaan dan
pendwaran. Perubahan dalam permintaan dan pendwaran yang mempengaruhi harga
akan mengubah cara bagaimana masyarakat menggunakan sumber ekonominya. Namun,
kerajaan sebagai pemerintah bertanggungjawab memastikan rakyat dapat menikmati
keperluan-keperluan asas, menggalakkan pembangunan ekonomi yang menyeluruh dan
mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dalam kalangan rakyatnya.
3 Kebebasan memiliki harta dan mengumpul
kekayaan selagi tidak bertentangan dengan syariah Islam
Individu mempunyai kebebasan untuk memiliki
harta dan mengumpulkan kekayaan persendirian selagi tindakan ini tidak
bertentangan dengan syariat Islam. Islam melarang pengumpulan kekayaan atau
harta yang tidak berpatutan kepada individu. Semua harta adalah milik Allah.
Individu hanya merupakan pemegang amanah kepada sumber ekonomi dan
sumber-sumber itu harus digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang
halal dan berfaedah kepada manusia dan bukannya memenuhi kemahuan nafsu yang
tidak terhad.
4 Kepentingan individu dan kebajikan masyarakat
diseimbangkan
Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh
individu harus selaras dengan syariat Islam dan tidak hanya menjaga kepentingan
diri pengguna dan " pengeluar dalam usaha untuk memaksimumkan kepuasan
atau keuntungan. Kepentingan individu dan kebajikan masyarakat harus seimbang
di mana aktiviti penggunaan dan pengeluaran tidak mengabaikan kos sosial dan
menimbulkan kesan luaran negatif yang merugikan masyarakat.
Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi
1 Apa dan berapa banyak suatu barang hendak
dikeluarkan?
(a) Mekanisme harga masih berfungsi untuk
menentukan apa dan berapa banyak sesuatu barang hendak dikeluarkan seperti
dalam sistem ekonomi pasaran bebas. Namun begitu, hanya barang-barang yang
halal sahaja dikeluarkan. Barang-barang yang bertentangan dengan hukum syarak
dan tidak bermanfaat kepada masyarakat seperti dadah dan minuman keras tidak
akan dikeluarkan.
(b) Jumlah pengeluaran sesuatu barang tidak
harus menjejaskan pengeluaran barang yang lain, khasnya barang-barang keperluan
masyarakat. Kerajaan juga turut campur tangan dalam kegiatan ekonomi untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan awam yang tidak dikeluarkan oleh sektor
swasta.
2 Bagaimana sesuatu barang harus
dikeluarkan?
Pihak swasta yang mementingkan keuntungan
akan menggunakan kaedah pengeluaran yang cekap untuk meminimumkan kos
pengeluaran sama ada secara intensif buruh atau intensif modal. Kerajaan berperanan
memastikan bahawa kegiatan pengeluaran tidak akan me-nimbulkan kesan luaran
negatif yang merugikan masyarakat.
3 Untuk siapa barang itu dikeluarkan?
Masalah ini diselesaikan melalui corak
agihan pendapatan dalam pasaran faktor. Individu menggunakan pendapatan yang
diperoleh untuk membeli barang dan perkhidmatan yang ada di pasaran. Sistem
zakat digunakan untuk mengagihkan pendapatan daripada kumpulan yang berada
kepada kumpulan yang memerlukannya. Golongan yang miskin dipastikan memperoleh
sejumlah barang keperluan asas.
Contoh soalan dan jawapan
(a) Terangkan apa yang dimaksudkan sistem ekonomi
pasaran bebas, ciri-cirinya dan juga kelemahannya.
Sistem ekonomi pasaran bebas ialah sistem ekonomi
yang menyelesaikan masalah asas ekonomi
melalui keputusan pihak isi rumah dan firma melalui mekanisme pasaran tanpa campur
tangan pihak kerajaan.
Ciri-ciri sistem ekonomi pasaran bebas ialah:
• Masalah asas ekonomi ditentukan oleh isi rumah
dan firma di pasaran.
• Tiada campur tangan kerajaan yang ketara.
• Individu dan firma bebas memiliki faktor
pengeluaran dan harta.
• Individu dan firma bebas membuat pilihan.
• Ianya biasa diamalkan di negara kapitalis yang
maju.
Antara kelemahan ekonomi pasaran bebas ialah:
•Agihan pendapatan tidak seimbang, iaitu jurang antara golongan kaya
dengan miskin terus meluas.
•Kegagalan mengeluarkan barang - awam kerana semua firma swasta bermotifkan
keuntungan. Oleh sebab barang awam yang memerlukan modal sangat besar dengan
bayaran rendah atau percuma adalah tidak menguntungkan, maka firma swasta tidak
berminat untuk mengeluarkannya
-Kesan luaran yang negatif seperti pencemaran air dan udara kerana tiada
peraturan atau andang-undang yang mencegahnya.
(b) Terangkan sistem ekonomi campuran serta
ciri-cirinya.
Sistem ekonomi campuran ialah sistem ekonomi yang
menyelesaikan masalah asas ekonomi melalui keputusan isi rumah dan firma di
pasaran dan campur tangan pihak kerajaan.
Antara ciri-ciri sistem ekonomi campuran ialah:
• Masalah asas ekonomi ditentukan oleh isi rumah,
firma dan kerajaan.
• Kerajaan campur tangan secara ketara dalam
menentukan kebajikan masyarakat.
• Individu, firma dan kerajaan bebas memiliki
faktor pengeluaran dan harta.
• Individu dan firma bebas membuat pilihan.
(c) Sebab-sebab kerajaan perlu campurtangan dalam
ekonomi.
Antara sebab campur tangan kerajaan dalam sistem
ekonomi pasaran bebas ialah:
- Untuk penyediaan barangan awam
Barang awam merupakan barang yang perlu ditawarkan kepada pengguna dan
barang ini tidak menguntungkan pengeluar. Misalnya pembinaan rumah api, bekalan
air dan elektrik. Oleh kerana pengeluarannya tidak menguntungkan, maka pihak
swasta tidak mengeluarkan barang tersebut. Keadaan ini menyebabkan keajaan akan
campur tangan dalam ekonomi untuk mengeluarkan barang awam bagi meningkatkan
kebajikan masyarakat.
- Mengatasi masalah eksternaliti negatif
Firma yang mementingkan keuntungan tidak mengambil kira eksternaliti
negatif yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan masyarakat. Eksternaliti negatif
seperti kesesakan lalu lintas dan pencemaran akan merugikan masyarakat. Oleh itu,
kerajaan perlu campur tangan dengan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan
bagi memastikan firma yang beroperasi mengikut undang-undang dan peraturan yang
telah ditetapkan: Keadaan ini menyebabkan kegiatan ekonomi meningkat selari
dengan kualiti kehidupan masyarakat yang juga meningkat.
- Mengawal ketidakstabilan ekonomi
Kitaran perniagaan menyebabkan berlaku inflasi dan kemelesetan dalam
ekonomi. Bagi mengawal keadaan ketidakstabilan ini, kerajaan perlu campur
tangan dengan menjalankan dasar fiskal dan dasar kewangan bagi menstabilkan
keadaan ekonomi negara.
- Merapatkan jurang agihan pendapatan
Agihan pendapatan yang tidak setara menyebabkan jurang pendapatan antara
golongan kaya dengan golongan miskin semakin besar. Oleh itu, kerajaan campur
tangan dengan mengenakan cukai yang tinggi kepada golongan kaya dan memberi
subsidi kepada golongan miskin. Keadaan ini akan merapatkan jurang pendapatan
dan mencapai agihan pendapatan yang lebih setara.
- Mencapai kecekapan pengeluaran dan peruntukan sumber
Campur tangan kerajaan membolehkan berlakunya persaingan sihat antara
firma. Campur tangan kerajaan akan mengawal firma monopoli daiam ekonomi.
Keadaan ini membolehkan ekonomi mencapai kecekapan pengeluaran, iaitu mengeluarkan
output pada kos purata minimum dan mencapai peruntukan sumber tingkat harga
sama dengan kos sut yang akan menguntungkan pengeluar dan pengguna
(d) Ekonomi perancangan pusat dan
sistem ekonomi pasaran bebas mempunyai ciri-ciri kebaikannya yang tersendiri. Huraikan tiga
sebab mengapa sistem ekonomi campuran diwujudkan.
Sistem ekonomi campuran diwujudkan bagi menyatukan
kebaikan dan menyelesaikan kelemahan sistem ekonomi pasaran pusat dan sistem
ekonomi pasaran bebas, di antaranya campur tangan kerajaan untuk menyelesaikan
masalah seperti:
• Penyediaan barang awam.
Barang awam biasanya kekurangan dalam sistem
pasaran bebas, dengan itu kerajaan berperanan untuk menyediakan secukupnya
barang awam dalam ekonomi untuk kegunaan masyarakat.
• Mengeluarkan barang yang tidak mampu dikeluarkan
oleh pihak swasta. Sesetengah barang atau perkhidmatan seperti tenaga elektrik
dan pengangkutan udara tidak dapat dikeluarkan oleh pihak swasta dalam sistem
ekonomi kerana kosnya tinggi, dengan itu kerajaan berperanan mengeluarkannya.
•Kawalan kerajaan melalui undang-undang dan
peraturan.
Kerajaan perlu mengawal sebahagian aktiviti ekonomi
untuk keselamatan dan kebajikan masyarakat, contohnya melalui penggubalan
undang-undang dan peraturan kawalan harga, cukai dan subsidi.
• Sistem ekonomi perancangan pusat ialah sistem
ekonomi yang menyelesaikan masalah asas ekonomi melalui keputusan kerajaan
semata-mata. Keputusan ekonomi dibuat di peringkat pusat oleh kerajaan tanpa
apa-apa campur tangan daripada pihak swasta.
• Sistem ekonomi pasaran bebas ialah sistem ekonomi
yang menyelesaikan masalah asas ekonomi melalui keputusan pihak isi rumah dan
firma tanpa campur tangan pihak kerajaan. Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak
swasta melalui mekanisme pasaran dan campur tangan kerajaan hanya terhad di bidang
seperti keselamatan dan ketenteraan.
• Sistem ekonomi campuran ialah sistem ekonomi yang
menyelesaikan masalah asas ekonomi melalui
keputusan isi rumah, firma dan kerajaan. Sebahagian keputusan ekonomi
ditentukan ole pihak swasta melalui mekanisme pasaran, manakala kerajaan
berperanan untuk campur tangan dalam bidang yang melibatkan kebajikan
masyarakat.
Terboekk cguu
ReplyDelete