(a) Apakah yang dimaksudkan
mekanisme pasaran?
Mekanisme pasaran
melibatkan interaksi di antara kuasa permintaan dan kuasa penawaran di pasaran
yang menentukan tingkat harga dan kuantiti barang di pasaran.
(b) Dengan
menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana mekanisme pasaran menentukan tingkat harga dan kuantiti keseimbangan pasaran.
* Berdasarkan mekanisme pasaran, tingkat harga
dan kuantiti keseimbangan pasaran ditentukan berasaskan titik keseimbangan
pasaran, iaitu apabila kuantiti permintaan adalah sama dengan kuantiti
penawaran di pasaran.
• Sebagai contoh, gambar rajah di bawah
menunjukkan keluk permintaan D dan keluk penawaran S bagi suatu barang di
pasaran.
• Berdasarkan kuasa permintaan dan
penawaran di pasaran, titik keseimbangan pasaran E ditentukan, bermakna tingkat
harga dan kuantiti keseimbangan pasaran masing-masingnya ditentukan pada harga
RM4 dan 50 unit.
• Jika tingkat harga barang lebih tinggi
daripada tingkat harga keseimbangan pasaran, contohnya pada RM6, wujud lebihan
penawaran di pasaran. Mekanisine pasaran akan membetulkan lebihan penawaran
dengan penurunan harga sehingga harga dan kuantiti di pasaran mencapai
keseimbangan berdasarkan titik E.
• Jika tingkat harga barang lebih rendah
daripada tingkat harga keseimbangan pasaran, contohnya pada RM2, wujud lebihan
permintaan di pasaran. Mekanisme
pasaran akan membetulkan lebihan permintaan dengan kenaikan harga sehingga
harga dan kuantiti di pasaran mencapai keseimbangan
berdasarkan titik E.
Penentuan Harga dan Kuantiti Keseimbangan Secara Rumus
Hitung tingkat harga dan kuantiti keseimbangan bagi barang M
Dalam keseimbangan, Qd = Qs.
berdasarkan titik E.
Penentuan Harga dan Kuantiti Keseimbangan Secara Rumus
Persamaan permintaan dan penawaran bagi
barang M ialah seperti berikut.
Qd =80 - 2P
Qs =20 + 2P
dengan,
Qd = Kuantiti barang M diminta (unit)
Qs = Kuantiti barang M ditawarkan
(unit)
P = Harga barang M dalam RM.
Hitung tingkat harga dan kuantiti keseimbangan bagi barang M
Dalam keseimbangan, Qd = Qs.
Oleh itu,
80-2P =20+2P
4P
=80-20
P
=60÷4
P =
15.
Masukkan P = 15 ke dalam persamaan
Qd=80-2P.
Oleh itu,
Qd
= 80-2(15)
Qd
= 50.
Oleh itu, harga keseimbangan ialah RM15.00
seunit dan kuantiti keseimbangan ialah 50 unit.
No comments:
Post a Comment