• Perubahan
kuantiti ditawar merujuk pergerakan di atas keluk penawaran yang sama kesan
dari perubahan harga barang itu sendiri.
• Contohnya, apabila faktor lain tetap,
gambar rajah A menunjukkan peningkatan harga daripada RM2.00 kepada RM3.00
menyebabkan kuantiti ditawar bertambah daripada 5 unit kepada 10 unit, iaitu
ditunjukkan oleh pergerakan penawaran dari titik B ke titik C di atas keluk
penawaran S. Sebaliknya, apabila harga turun daripada RM3.00 kepada RM2.00,
kuantiti ditawar turun daripada 10 unit kepada 5 unit yang ditunjukkan oleh
pergerakan penawaran dari titik C ke titik B.
• Perubahan penawaran ialah peralihan keluk
penawaran kesan daripada perubahan faktor selain daripada harga barang itu
sendiri.
•Contohnya, apabila faktor lain tetap,
gambar rajah B menunjukkan berlaku perubahan faktor penentu penawaran selain
daripada harga barang itu sendiri seperti pertambahan kos pengeluaran akan
mengalih keluk penawaran asal So ke kiri menjadi keluk Sl, bermaksud berlaku
pengurangan penawaran bagi setiap tingkat harga. Sebaliknya, apabila kos
pengeluaran turun, keluk penawaran asal So beralih ke kanan menjadi keluk S2,
bermaksud berlaku pertambahan penawaran bagi setiap tingkat harga.
Contoh Soalan
Contoh Soalan
Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap
permintaan sesuatu barang sekiranya
(a) berlaku
kemelesatan ekonomi dalam negara.
Apabila
kemelesetan ekonomi berlaku dalam sebuah negara, pendapatan pengguna akan
berkurangan. Kesannya, kuasa beli pengguna akan merosot. Kemerosotan kuasa beli pengguna akan mengurangkan keupayaan
pengguna untuk membeli sesuatu barang di pasaran. Maka, permintaan pengguna
terhadap barang tersebut akan berkurangan.
Berdasarkan gambar rajah di atas, keluk permintaan asal
ialah DoDo. Kemerosotan kuasa beli pengguna akibat kemelesetan ekonomi
menyebabkan keluk permintaan beralih ke kid dari DD, ke DD,. Pada tingkat harga
asal Po kuantiti permintaan telah berkurangan dari Qo kepada Q1.
(b) cukai import dikurangkan terhadap barang tersebut.
Pengurangan cukai import terhadap sesuatu barang akan
menyebabkan harga barang tersebut jatuh. Kejatuhan harga barang akan
menyebabkan kuantiti diminta barang tersebut meningkat.
Berdasarkan gambar rajah di bawah, harga dan kuantiti
diminta asal sesuatu barang masing-masing ialah Po dan Qo. Pengurangan cukai
import terhadap barang tersebut menyebabkan harga jatuh dari Po ke P1 dan
kuantiti diminta meningkat daripada Qo kepada Q1.
No comments:
Post a Comment