1. Dengan memberikan
contoh yang sesuai, terangkan masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas yang
dialami oleh seseorang individu pengguna.
• Kekurangan
ialah masalah ekonomi yang dialami kesan daripada kekurangan sumber ekonomi
berbanding kehendak manusia yang tidak terhad. Contohnya seseorang pengguna
kekurangan wang untuk membeli semua jenis barang yang dikehendaki.
•Pilihan ialah
masalah ekonomi yang wujud kerana kekurangan sumber menyebabkan pilihan perlu
dibuat. Contohnya pengguna yang kekurangan wang perlu memilih apa jenis barang
yang akan dibeli daripada beberapa pilihan yang ada.
• Kos lepas ialah masalah ekonomi yang wujud akibat
daripada wujudnya pilihan. Contohnya, jika pengguna memilih pilihan pertamanya
iaitu untuk membeli kasut dan melepaskan pilihan keduanya iaitu untuk membeli
buku, maka kos lepas yang dihadapi pengguna ialah barang pilihan kedua
terbaiknya yang terpaksa dilepaskan iaitu buku.
2 (a) Terangkan
maksud masalah asas ekonomi.
Masalah asas
ekonomi melibatkan masalah yang berkaitan pengagihan sumber ekonomi yang terhad,
iaitu melibatkan masalah apa, berapa
banyak, bagaimana dan kepada siapa barang dan perkhidmatan dikeluarkan.
(b) Huraikan bagaimana masalah asas ekonomi diselesaikan dalam sistem ekonomi
pasaran bebas.
• Secara amnya, masalah asas ekonomi dalam sistem ekonomi pasaran bebas
diselesaikan oleh keputusan isi rumah dan firma melalui mekanisme pasaran.
• Masalah apa yang hendak dikeluarkan diselesaikan berdasarkan permintaan pengguna di pasaran, bermakna firma akan
mengeluarkan barang yang mempunyai permintaan oleh pengguna.
• Masalah berapa banyak dikeluarkan ditentukan
oleh mekanisme harga di pasaran yang
menetapkan tingkat kuantiti
keseimbangan, iaitu kuantiti pengeluaran yang akan dipilih.
• Masalah bagaimana hendak dikeluarkan ditentukan oleh mekanisme pasaran yang menentukan harga faktor pengeluaran dan
kaedah pengeluaran yang menggunakan kos yang paling rendah akan dipilih.
• Masalah kepada siapa akan dikeluarkan
ditentukan oleh pengagihan pendapatan di kalangan
pemilik faktor yang akan menentukan
kuasa permintaan pengguna, dengan
itu barang mewah dikeluarkan kepada pengguna
berpendapatan
tinggi.
3. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk
kemungkinan pengeluaran AD sebuah ekonomi yang mengeluarkan barang X dan barang
Y.
(a) Terangkan keadaan-keadaan kecekapan pengeluaran
di dalam ekonomi.
(b) Terangkan masalah kekurangan yang
dialami ekonomi.
(c) Terangkan masalah kos lepas yang
dialami dalam ekonomi.
(a) Kecekapan pengeluaran ditunjukkan oleh
semua titik di atas keluk kemungkinan pengeluaran AD kerana wujudnya guna
tenaga penuh. Sebaliknya, sebarang titik ke kiri daripada keluk kemungkinan
pengeluaran AD menunjukkan ketidakcekapan pengeluaran kerana wujud pengangguran
sumber.
(b) Masalah kekurangan ditunjukkan oleh
bahagian kanan daripada keluk kemungkinan pengeluaran AD, contohnya titik F
ialah kombinasi yang tidak dapat dicapai kerana kekurangan sumber.
(c) Masalah kos lepas ditunjukkan oleh
kecerunan keluk kemungkinan pěngeluaran AD, contohnya jika kombinasi B dipilih,
firma akan mengalami kos lepas, iaitu sejumlah barang Y yang dilepaskan untuk
meningkatkan pengeluaran barang X.
Apa kaitan antara kekurangan,pilhan,dan kos lepas bagi sesebuah ekonomi dalam rajah keluk kemungkinan pengeluaran
ReplyDelete