1. (a) Apakah
maksud keseimbangan pasaran.
Keseimbangan pasaran ialah keadaan di
pasaran apabila berlaku kuantiti permintaan pasaran adalah sama dengan
kuantiti penawaran di pasaran pada tingkat harga tertentu.
(b)Terangkan
kesan ke atas keseimbangan pasaran bagi daging ayam apabila;
(i) harga ikan meningkat.
Cateris paribus, peningkatan harga ikan,
iaitu barang pengganti kepada daging ayam akan menyebabkan keseimbangan baru bagi
daging ayam pada tingkat harga dan kuantiti keseimbangan yang lebih tinggi.
(ii)
wujud wabak penyakit ayam di negara jiran.
Cateris paribus, wujud wabak penyakit ayam
di negara jiran menyebabkan keseimbangan baru bagi daging ayam pada
tingkat harga dan kuantiti keseimbangan yang lebih rendah.
2. Dengan menggunakan gambar rajah yang
sesuai, huraikan secara ringkas kesan kejatuhan harga buruh dalam industri
kelapa sawit terhadap keseimbangan pasaran kelapa sawit.
• Cateris paribus, kejatuhan harga buruh
dalam industri kelapa sawit akan menyebabkan tingkat harga keseimbangan bagi
kelapa sawit turun dan kuantiti keseimbangannya naik.
• Sebagai contoh, gambar rajah di bawah
menunjukkan keseimbangan asal berlaku apabila keluk penawaran asal S bersilang
dengan keluk permintaan D pada tingkat harga keseimbangan RM3 dan kuantiti
keseimbangan 5 unit.
• Kejatuhan harga buruh menurunkan kos
pengeluaran kelapa sawit, dengan itu penawaran bertambah pada sebarang tingkat
harga dan mengalih keluk penawaran asal S ke kanan menjadi keluk Sl.
• Dengan itu, keseimbangan baru berlaku
dengan tingkat harga turun daripada RM3 kepada RM2 dan kuantiti keseimbangan
bertambah daripada 5 unit kepada 7 unit.
3. Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai dan dengan
andaian faktor-faktor lain adalah tetap, huraikan kesan terhadap keseimbangan
pasaran daging ayam dalam keadaan yang berikut:
(a) Kempen dijalankan oleh persatuan pengguna bahawa
pengambilan daging ayam yang berlebihan akan menimbulkan masalah kesihatan.
Apabila pengguna mengetahui pengambilan daging ayam yang
berlebihan akan menimbulkan masalah kesihatan, permintaan terhadap daging ayam
akan berkurangan. Pengurangan permintaan daging ayam menyebabkan harga dan
kuantiti daging ayam berkurangan.
Gambar rajah di atas menunjukkan keluk permintaan dan keluk
penawaran bagi daging ayam. Apabila permintaan terhadap daging ayam
berkurangan, keluk permintaan akan beralih ke kiri dari DoDo ke D1D1. Kesannya,
harga daging ayam akan jatuh dad Po ke P1 dan kuantiti daging ayam akan
berkurangan dari Qo ke Q1.
(b) Wujud penemuan baharu dalam teknologi pemeliharaan baka
ayam yang dapat meningkatkan daya pengeluaran industri ayam negara.
Peningkatan daya pengeluaran dalam industri ayam negara akan
menyebabkan penawaran daging ayam dalam pasaran meningkat. Apabila penawaran
daging ayam meningkat, harga daging ayam akan jatuh manakala kuantiti daging
ayam akan meningkat.
Gambar rajah di atas menunjukkan keluk permintaan dan keluk
penawaran bagi daging ayam. Apabila penawaran daging ayam dalam pasaran meningkat,
keluk penawaran akan beralih ke kanan dari SoSo ke S1S1. Kesannya, harga daging
ayam akan jatuh dari Po ke P1 manakala kuantiti daging ayam akan meningkat dari
Qo ke Q1.
No comments:
Post a Comment